Beberapa hari yang lepas penulis adalah duduk melepak dengan member sama-sama menuntut di UiTM dulu. Member baik masa diploma, satu kelas, buat group assignment pun sama-sama. Nak kata lama tak jumpe tu, bolehlah juga. Mana taknya, sampai member tu dah habis buat degree dah pun, dah ada kerjaya dah pun, yang kite ni masih terperap kat PD ni. Anyway, memang seronoklah dapat jumpa, macam-macam ceritalah terkeluar. Itulah tipikalnya bile jumpa member lama ni, ada saja cerita nak diborakkan. Itu memang satu hallah and then di penghujung pertemuan tiba-tiba kami godek balik memori masa buat group assignment untuk final project. Project buat shortfilm, kalau nak diikutkan sepanjang 3 tahun menuntut di UiTM, masa project nilah project assignment yang paling seronok sekali penulis pernah buat dengan mereka ni and penulis sendiri.
Masa tu group member yang terlibat Tania Tahir merangkap Penerbit, Merotte(Mahirah Shah) Pengurus Produksi, Alia (nilah orang yang penulis jumpa baru-baru ni) merangkap Penolong Pengarah. Penulis sendiri adalah Pengarah. Sampaikan penulis plan nak sambung ambil degree in screen art under Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) dulunya Performing Arts. Masa shooting selama 2 hari tu ada beberapa follower yang menyibuk, well biasalah kalau datang PD semua pun macam berkobar-kobar nak ikut. Ada yang tak pernah datang PD pun. Kalau dah sibuk nak ikut so kena la jadi krew. Cuma ada beberapa orang saja memang dijemput sekali kerana kerjasama mereka memang amat diperlukan seperti 3 orang pelakon utama which are Muhaimin (abang si Merotte), Khairul (geng menari kat UiTM - Peska) dan Fida (masa ni dia ni baru masuk UiTM Part 1 - ambil senilakon) then ada la si penulis skrip, Izmir. Kalau boleh nak dia ikut sekali for helping us handling lakonlayar tapi 'yang ado'. Konco-konco lain yang saja nak ikut pula ada kawan si Izmir seorang, ntah tapi tak ingat sape ntah nama dia and kawan si Khairul, pun dah lupa nama dia padahal sama geng Peska juga.
Shooting memang plan nak shooting dekat PD sebab lokasinya yang memang dah lama penulis survey. End up hasil pun memang cantik. Tapi sebelum itu memang ada minta persetujuan krew yang lain juga. Dia orang pun ok saja, so we all just go through. Penulis adalah terkilan sikit sebab because of this project, Tania, Merotte and Alia tak pergi Pre Garduation Night (MPG) budak-budak semester akhir and first time for them pula nak rasa before kita orang punya MPG next semester. Lucky for me, penulis sudah rasa dulu masa part 2 and part 3.
Back to shortfilm, after upload kat Youtube ramai yang kritik shortfilm ni. Tapi yang buat penulis bangga ramai yang dah tonton shortfilm ni and ramai juga yang kenal. Kalau kamu semua baca entri yang sebelum ni kamu semua tahulah.
Anyway, apa kena mengena semua ni dengan tajuk entri penulis kali ni. OK. Nak jadikan cerita tiba-tiba terbukalah idea nak buat balik shortfilm for fun, well not really for fun tapi untuk masuk competition-lah. Memandangkan Alia pun dah balik Seremban duduk dengan parent dia jadi bolehlah buat shortfilm yang simple yet ada moral value. So masa borak-borak tu kami brainstorm lah nak buat story apa. Penulis pun ceritalah konsep cerita yang penulis ada simpan dalam kepala otak ni sejak beberapa tahun yang lepas. Memang seronok sebab Alia ni ada ability untuk polish idea itu jadi lebih menarik.
Anyway, apa kena mengena semua ni dengan tajuk entri penulis kali ni. OK. Nak jadikan cerita tiba-tiba terbukalah idea nak buat balik shortfilm for fun, well not really for fun tapi untuk masuk competition-lah. Memandangkan Alia pun dah balik Seremban duduk dengan parent dia jadi bolehlah buat shortfilm yang simple yet ada moral value. So masa borak-borak tu kami brainstorm lah nak buat story apa. Penulis pun ceritalah konsep cerita yang penulis ada simpan dalam kepala otak ni sejak beberapa tahun yang lepas. Memang seronok sebab Alia ni ada ability untuk polish idea itu jadi lebih menarik.
Tugas penulis pula sekarang untuk buat treatment and story line then propose lagi dekat Alia. If Alia agree terus draft script. Kata Alia nak buat cerita yang berlaku dalam satu malam sahaja. Means kisah satu malam la. Memang dengar senang tapi nak compress satu kisah yang realistic yet solid is hard. Maybe for some people its easy, bolehlah bagi yang berpengalaman. Lagi best kitorang nak pakai 2 orang saje pelakon, boleh?
Dalam perbincangan dengan Alia tempoh hari, kami plan nak buat sebuah kisah yang boleh memberi impak yang baik kepada masyarakat. Memang itulah tujuannya setiap movie and film dibuat selain memberi hiburan. Jadi keluarlah idea nak buat pasal perempuan yang sarat mengandung resah gelisah menghadapi nasib dirinya yang sentiasa malang. Nanti kebetulan ada budak (range umur 10 sehingga 12 tahun) yang baru balik dari rumahnya untuk pulang ke madrasah lalu dekat situ datang membantu. Jadi kesimpulannya, ini hanyalah idea kasar yang akan dikupas sedikit demi sedikit dan dipadatkan menjadi shortfilm dalam durasi 15 minit sahaja. Tajuk yang bakal dipertimbangkan adalah Sempurnanya Safira.
Selepas menimbang tara beberapa tajuk yang menarik dan sesuai, akhirnya penulis dan Alia bersetuju untuk memilih tajuk Ustaz Kata... sebagai tajuk filem pendek ini.