2

HerStory Malaysia A showcase of women’s films about LOVE, SEX and DESIRE.

HerStory Malaysia is keen on creating spaces for women to come together and learn how to share their stories with others using artistic platforms like filmmaking. Our HerStory Films Project seeks to collect stories about love, sex, and desire from Malaysian women, with an emphasis on diversity and personal experiences of falling in—and out—of love in a distinctly Malaysian context. This year, we are showcasing these 5 short films.

1. HerStory filmmaker : Crystal Woo with
HerStory Teller : A.A Lee

presents to you Spirited

A love affair with a man who used supernatural means to make the woman attracted to him.

0

Proud to be a Malaysian

0

Eksistensialis... Projek Yang Tergendala...

Filem pendek EKSISTENSIALIS ini mengisahkan tentang kesungguhan dan kegigihan tiga individu dari latar yang berlainan dan bercita-cita mengapai impian untuk menjadi pengamal seni di dalam bidang yang sama iaitu seni tetapi pendekatan seni yang berbeza iaitu penyanyi-pencipta lagu, penari Klasikal India dan pengarah filem yang tersohor walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Lelaki Melayu, Adeeb, anak yatim piatu yang mempunyai seorang adik perempuan, Deeba, yang mengidap penyakit pembunuh nombor dua di negara ini, Penyakit Trombosis Pembuluh Darah, cekal memelihara adiknya selepas kematian ibubapanya dengan bakat yang ada cuba untuk menjadi penyanyi-pencipta lagu yang bertemakan perpaduan dan patriotisme. Perempuan India, Sivaneswary, remaja kampung yang sejak kecil telah diasuh dan dilatih untuk menjadi penari Klasikal India datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi ujibakat di sebuah Akademi Tarian Klasikal India milik seorang penari Klasikal India berbangsa Melayu yang sangat disegani, buat kali kedua selepas di tolak semasa percubaan pertamanya suatu ketika dahulu. Lelaki Cina, Yun Seng, pula memasang angan untuk menjadi seorang pengarah filem tersohor persis idolanya, Allahyarham Yasmin Ahmad, namun ditentang oleh keluarganya kerana mahukan beliau meneruskan pelajaran di dalam bidang perubatan di Amerika Syarikat, menyambung tradisi keluarga menjadi seorang doktor seperti bapa dan abang-abangnya. Individu-individu ini tidak mengenali satu sama lain. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga individu ini akan bertembung pada satu keadaan yang merubah hidup mereka.

0

HDSLR Workshop by CST Production




0

Anak Seni Masih Membuka Peluang kepada sesiapa yang meminati Tarian Tradisional

Kumpulan Anak Seni masih membuka peluang kepada sesiapa yang meminati bidang tarian tradisional di Port Dickson. PM sahaja saya di lama Facebook untuk keterangan lanjut.
0

Terataque Hauze

Nantikan kemunculannya.
0

Penubuhan akustik grup. Kami perlukan anda!!



Lama juga aku tidak menjengah ke laman blog ini. Tiada apa-apa pun projek yang menginjakkan aku ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Namun kali ini kehadiranku untuk menzahirkan sebuah impian yang agak lama aku cipta di benak akalku. Sejak kebelakangan ini hanya acapkali menyinggah ke laman sosial, Facebook. Sejak beberapa bulan ada beberapa projek yang aku rangka untuk pelaksanaannya mungkin hingga hujung tahun ini atau bermula tahun depan.

Masih bersabar mencipta sesuatu yang bermakna dan memberi impak untuk diriku dan rakan-rakan disekeliling. Mungkin akan mengambil masa yang agak panjang. Tapi tidak mengapa bersabar adalah sifap terpuji yang Esa berikan buat umat manusia. Aku tidakkan akan menceritakan semua perancangan di sini. Tetapi aku akan menguar-uarkan secara berperingkat-peringkat. Grup tarian yang ditubuhkan setahun lalu masih samar-samar. Belum ada pelabur yang berani untuk melabur. Tetap diteruskan walaupun seakan belum memunculkan hasilnya yang begitu memberangsangkan. Aku juga masih meneruskan corat-coret nukilan penulisan cuma sekadar tidak banyak. Dan adalah beberapa projek lain lagi yang dimulakan dan dijalankan secara berperingkat.

Kali ini aku cuma mengharapkan bakal ada pemastautin tetap di Port Dickson yang sukarela untuk turut serta dalam sebuah vokal group yang ditubuhkan. Masih mencari bakat yang ada tetapi seperti mustahil agaknya. Masih mencuba. Insya Allah akan ada bintang yang bakal bersinar di Port Dickson. Adakah? Sedangkan grup tarian masih tersuluh-suluh mencari bakat.

Sudah mempunyai nama. Genre yang baru dan masih cuba untuk dieksperimentasi ke pelbagai genre muzik seperti jazz, soul, R&B, rock, mungkin irama kita sendiri dan banyak lagi. Rangka jangka panjang juga sudah diatur. Cuma memerlukan penyertaan anda.

Jika berminat, apa yang anda perlukan hanya PM saya di Facebook. Berikan segala detail anda. Anda cuma perlu pandai bermain acoustic guitar and sedikit bakat dalam nyanyian. Lelaki atau perempuan, semua golongan sangat digalakkan. Cuma beberapa orang saja yang saya perlukan.

Akhir sekali, jika ada di antara kamu yang meminati bidang tarian juga digalakkan untuk menyertai Kumpulan Anak Seni. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda miliki. Jika tidak pun, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Cabar diri anda!!
Hebahkan pada kawan-kawan ya!!
 
Copyright © Kalam Si Pujangga