Eksistensialis... Projek Yang Tergendala...

Filem pendek EKSISTENSIALIS ini mengisahkan tentang kesungguhan dan kegigihan tiga individu dari latar yang berlainan dan bercita-cita mengapai impian untuk menjadi pengamal seni di dalam bidang yang sama iaitu seni tetapi pendekatan seni yang berbeza iaitu penyanyi-pencipta lagu, penari Klasikal India dan pengarah filem yang tersohor walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Lelaki Melayu, Adeeb, anak yatim piatu yang mempunyai seorang adik perempuan, Deeba, yang mengidap penyakit pembunuh nombor dua di negara ini, Penyakit Trombosis Pembuluh Darah, cekal memelihara adiknya selepas kematian ibubapanya dengan bakat yang ada cuba untuk menjadi penyanyi-pencipta lagu yang bertemakan perpaduan dan patriotisme. Perempuan India, Sivaneswary, remaja kampung yang sejak kecil telah diasuh dan dilatih untuk menjadi penari Klasikal India datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi ujibakat di sebuah Akademi Tarian Klasikal India milik seorang penari Klasikal India berbangsa Melayu yang sangat disegani, buat kali kedua selepas di tolak semasa percubaan pertamanya suatu ketika dahulu. Lelaki Cina, Yun Seng, pula memasang angan untuk menjadi seorang pengarah filem tersohor persis idolanya, Allahyarham Yasmin Ahmad, namun ditentang oleh keluarganya kerana mahukan beliau meneruskan pelajaran di dalam bidang perubatan di Amerika Syarikat, menyambung tradisi keluarga menjadi seorang doktor seperti bapa dan abang-abangnya. Individu-individu ini tidak mengenali satu sama lain. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga individu ini akan bertembung pada satu keadaan yang merubah hidup mereka.

0 comments:

 
Copyright © Kalam Si Pujangga