0

After A While...

It's been an ages I haven't update anything here. Now I am back on track. First of all I have plenty of times to write. Second of all because I need to improve my writing skill and finally because I HAD TO.

Being a student again makes me wondering what come out ahead. Such a wonderful experience I had now. The anxious feeling been all this time around.

After a while someone had inspired me a lots.

I HAVE TIME NOW. SO I'LL BE WRITE AGAIN SOON.

0

Seulas Ulasan, Sekupas Kupasan

Menjenguk definisi yang cuba diterjermah beberapa filem usai hujung tahun lalu menampakkan satu revolusi yang positif dalam perfileman tanahair. Awal tahun lepas penulis mengimpikan untuk menonton sebuah filem atau lebih spesifik filem Melayu yang cuba membawa perspektif baru dalam sesebuah filem. Mungkin tidak perlu wang modal berjuta, barisan pelakon A-list yang popular, lagu tema yang meruntun jiwa seperti di Hollywood. Cuma sekadar perlu sebuah karya yang berjaya memberi impak dan memukau penonton secara keseluruhannya.

Keberkesanan sesebuah filem untuk menyampaikan mesej juga dibantu melalui transisi visual yang indah dan tutur dialog dalam makna yang tersirat dan mendalam. Aspek itu dibantu melalui komitmen dan kreativiti krew produksi yang produktif dan barisan pelakon yang mencurahkan idea dan keringat untuk watak dengan sepenuh jiwa dan raga mencipta karektor yang luar biasa dan tidak tipikal mahupun stereotype semata-mata.  

Kejayaan filem yang bermutu kadangkala tidak diukur berdasarkan nilai estetika yang dipamerkan di dalam filem yang diterjemah oleh pengarah jika tidak dibantu dengan nilai-nilai komersial. Idea kreatif pengarah dan penulis skrip harus melangkaui pemikiran penonton supaya mereka terus melekap hingga ke penghujung penceritaan. Daya kreativiti dua peranan penting ini dalam keberhasilan sesebuah filem yang ditunjangi oleh penyatuan jiwa seni yang tepu yang mana haruslah seiring dengan kehendak semasa serta isu dan konflik yang berlaku di dalam masyarakat sekeliling di mana memberi rencah dalam penceritaan sesebuah filem.

Dengan kata lainnya ia dapat memberi sesebuah filem itu nyawa dan makna yang sangat mendalam untuk dinilai oleh penonton dan pengkritik. Menghasilkan sebuah filem bukanlah ingin mengejar anugerah semata-mata tetapi lebih kepada perkongsian seni dan mungkin tauladan oleh pengarah dan penulis skrip. Entri ini ditulis untuk mengulas dan mengupas 3 filem yang menarik perhatian penulis di penghujung 2011 lalu.

Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu adalah hasil karya novelis Fauziah Ashaari dan penulis sendiri adalah salah seorang pembaca yang sudah menbacanya beberapa tahun lalu ketika dibangku sekolah. Novel ini sarat dengan dilema wanita dan watak Izzah yang naif sering menjadi mangsa keadaan dan dieksploitasi oleh individu disekelilingnya.

Ombak Rindu mengisahkan Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.


Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida. Filem ini ditayangkan pada usai 2011 dan rata-rata mendapat sambutan yang baik dari penonton dan juga mendapat ulasan yang memberangsangkan dari peminat-peminat filem Malaysia sehinggakan berjaya mengutip RM10 juta menempatkan Ombak Rindu diranking kedua selepas KL Gengster yang mengutip RM12 juta.


Sudah terang lagi bersuluh rakyat Malaysia memang gemar disogokkan dengan cerita yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ombak Rindu adalah sebuah cerita biasa yang banyak seumpamanya ditayangkan di kaca televisyen cuma bezanya diangkat dari novel yang sangat laris dan popular. Rata-rata yang belum membaca novelnya mengakui ceritanya sekadar biasa-biasa sahaja.

Filem Ombak Rindu keseluruhannya berjaya meruntun jiwa kebanyakan penonton, hinggakan ada yang hampir 5 kali menjengah panggung menonton jalan cerita, pelakon, lagu tema dan segalanya yang sama cuma bezanya penonton yang menonton sekali adalah berbeza. Pengiat seni di Malaysia juga sudah akur dan tahu dengan hasil kerja tangan dari pengarahnya, Osman Ali. Intipatinya adalah

Tetapi jangan lupa tanpa Fauziah Ashaari tiadalah terbitnya filem Ombak Rindu. Kontroversi yang timbul harap sudah atau akan diselesaikan dengan baik.


Parit Jawa

Parit Jawa yang dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Jawa ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Penonton berpeluang untuk menyorot perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di usia tua mereka bersama anak-anak.


Setelah Sapian meninggal dunia, Tuminah menjadi semakin risau akan keluarga mereka yang semakin kucar-kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan hak tanah pusaka peninggalan keluarga mereka dengan setiap daripada mereka memasang strategi dan agenda sendiri tanpa mepedulikan ibunya yang masih hidup.


Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah bapa mereka. Berbeza Arman dan Jalal yang masing-masing inginkan tanah pusaka itu terus menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah-belahkan tanah pusaka itu.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlaku satu tragedi yang menimpa keluarga tersebut, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak untuk menjual tanah pusaka itu. Yang tinggal hanyalah Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka warisan keluarga mereka itu.







Telefilem ini ditayangkan pada tarikh yang sama dengan Ombak Rindu iaitu pada 1hb Disember 2011 di saluran Astro Box-Office Tayangan Hebat (Astro 952). Menampilkan Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh dan diarahkan oleh Tunku Mona Riza.


Apa yang menariknya mengenai telefilem ini ia memaparkan tentang hubungan kekeluargaan dan masalah yang terjalin dari sifat tamak. Cerita ini berjalan dengan sangat lambat tetapi jika ingin mengamati keseluruhan ceritanya sangat berbaloi menanti hingga ke akhirnya. Cerita ini juga digarap indah oleh pengarahnya yang mempunyai latarbelakang  pengiklanan cuma sekadar jalan cerita ayang meleret.


Walaubagaimanapun,  telefilem ini diperindahkan dengan alunan muzik latar yang mendayu dengan gesekan biola yang sangat mempesonakan oleh Dollah Gambus dan juga transisi visual yang begitu memukau.


Persis garapan Yasmin Ahmad tetapi sudah pasti tiada yang lainnya, tiada galang gantinya.

 
Copyright © Kalam Si Pujangga