Ini adalah sebuah projek akhir kerja kursus Produksi Audio dan Visual bagi aku melengkapkan markah untuk memperoleh Diploma Komunikasi dan Media (MC 110) UiTM Shah Alam. Ramai yang telah memberi kritikan yang negatif bahkan ada juga yang positif... Terima kasih atas usaha anda... Bersama memajukan industri perfileman negara...
Aku rasa terpanggil untuk menyelitkan kritikan dari seorang sutradara muda iaitu pengarah yang pernah menghasilkan 'COMOLOT' dan juga seorang penulis blog (http://amyikram.blogspot.com) yang berbakat besar iaitu Amyikram Ismail bertajuk 'UiTM hort Film... Eros.. paparan kisah cinta sejenis?'. Menarik... Ini adalah ulasannya,
"Sebuah filem pendek berdurasi 16 minit arahan Wardy Azman yang diterbitkan oleh UiTM ini boleh ditonton secara online di laman youtube. Ia sebuah video pendek yang mengisahkan dua sahabat yang menjalinkan hubungan cinta sejenis, dalam erti kata lain hubungan 'gay' yang dicipta secara melodrama tanpa mewujudkan jurang kontroversi atau paparan negatif yang lain. Filem ini hanya berpaksikan kata-kata manis yang disusun mengikut plot puisi yang cukup romantis tanpa ada unsur dramatik insiden mahupun kekangan perasaan yang kuat, malahan ia hanya berjaya menimbulkan mood perasaan melalui rakaman visual sebuah pemandangan yang cukup cantik. Penggunaan shot dan sinematografi dalam filem ini boleh dipuji, tetapi dari sudut penceritaan dan olahan skrip, ia seperti sebuah teater monolog yang berlaku di luar lokasi bukannya di atas pentas teater. Pemilihan warna putih, orange dan biru pada kebanyakkan scene dalam filem ini, terutamanya pada pemilihan pakaian ketiga-tiga pelakon iaitu 'putih', ia melambangkan sebuah kisah cinta yang cukup suci yang akhirnya membuatkan ketiga-tiga karektor berada dalam satu situasi yang cukup memeritkan antara 'pilihan cinta', adakah si lelaki mahu memilih teman gaynya atau memilih cinta normal?. Ini cukup dramatik tanpa memerlukan scene yang cukup daring. Ia sekadar diluahkan hanya melalui rakaman dialog dan tutur kata setiap para pelakonnya. Saya cukup tertarik akan sebuah pemandangan yang divisualkan di dalam filem ini, iaitu laut biru dan pemandangan sebuah pohon pokok kering yang latarnya berwarna kekuningan ( oren ), yang cukup memberikan signifikan bahawa ia sebuah karya yang mempunyai latar yang cukup kuat. Warna Oren melambangkan keresahan dalam membina sebuah hubungan yang diwakili pada watak dua lelaki berpakaian putih dan warna biru laut pula melambangkan pilihan cinta sejati. Manakah pilihan yang perlu anda buat?. Oleh itu, Eros boleh dikatakan sebuah filem pendek yang mempunyai plot dan sinematografi yang boleh dibanggakan. Justeru, ia bukan karya kontroversi tetapi ia sebuah rakaman sebuah perhubungan yang melalui detik-detik suka dan duka. Apakah ia terjadi atas pilihan dan naluri sejak azali?. Anda kenalah menonton filem ini sendiri dan nilaikanlah, apakah kebenaran kata-kata saya ini?.
p/s: saya tertarik akan scene dua lelaki di bawah pohon kering tak berdaun yang latarnya pemandangan berwarna kuning atau oren.. cukup simbolik maksudnya?. so apa komen anda?"
Terpulang pada anda semua untuk menilai dari sudut artistik dan mesej yang ingin di sampaikan... TEPUK DADA, TANYA SELERA...
0 comments:
Post a Comment