Tugas kedua adalah sebagai penyanyi unplugged. Yang ini menuntut latihan yang berminggu-minggu lamanya. Mencari keserasian bersama pemain gitar dan juga penyanyi. Berdasarkan minat penulis maka segalanya berjalan lancar sehingga ke akhir majlis. Sekadar cuma perselisihan faham di kalangan pemain gitar pada usaha yang mampir ke separuh jalan tetapi tidak menganggu latihan secara keseluruhan. Ah! di akhirannya seorang gitaris tidak berpuas hati dengan hasil sejurus selepas beraksi. Bila dikenang, penulis amat berkobar untuk meneruskan projek yang dirancang sebelum ini. Terasa bagai jauh lagi perjalanannya. Usaha pencarian kumpulan vokal berkonsepkan biarlah menjadi tanda tanya. Sebuah konsep yang belum pernah kedengaran lagi ditubuhkan. Biarkanlah dahulu. Biarkan masa yang menentukan. Dan biarkan Yang Maha Esa mengizinkan.
Oh! Ya! Rekahan.... Apa relevannya? Apa kisah di sebaliknya? Sahaja penulis menaip ringkas tajuk untuk entri kali ini. Biar ia menjadi persoalan. Ini adalah simbol kepada sebuah pengharapan dan usaha yang berkobar-kobar, kata semangat yang di lambung-lambung namun semuanya hanya omongan tak bererti. Ia juga adalah satu rasa yang penulis teguk pada segelintir hamba Allah yang hanya menunggu arahan sahaja dan tidak mahu bertindak sendiri. Dan ada juga yang hanya tidak ambil kisah. Betul bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik. Untuk mengumpul pengikut yang berfikiran kritis juga sangat susah tetapi tidak mustahil. Jadi penulis hanya mengikut arus kebelangsungan sebuah pelayaran yang terus menerjah haluan berliku.
Kemungkinan Mei ini akan ada jemputan persembahan. Kata Abang Alias blog ini berjaya menarik minat beberapa urusetia pengurusan acara. Harap ia benar-benar terjadi. Sudah hampir 6 bulan kami berlatihan. Sikap ketidakseriusan membuatkan segala urusan kesenian terbantut sejak Januari lalu.
Harapan bahawa rekahan dapat dilitupi oleh sikap jati diri yang tinggi bahkan juga mutu kelestarian dapat diperhebatkan lagi kerana mungkin kita sedang diperhati dan dinilai oleh masyarakat.
0 comments:
Post a Comment