Menitip dada-dada akhbar atau juga di kalam para blogger sejak kebelakangan ini kita banyak disajikan dengan cerita tentang seorang remaja Malaysia, Asyraf Haziq yang tiba-tiba menjadi selebriti antarabangsa dek kerana kejadian yang menimpa dirinya. Dihambat dan dirompak oleh sekumpulan remaja Britain di Barking, Timur London ketika sedang menuju ke rumah rakannya untuk berbuka puasa. Kejadian itu telah mengakibatkan tulang rahangnya dan gigi Asyraf Haziq patah. Semua itu diketahui hanya dengan melalui satu paparan video yang telah dirakam secara tidak segara oleh penduduk di Barking dan telah disaksikan oleh 20 juta orang di seluruh dunia di mana ditayangkan di YouTube, laman sosial seperti Facebook, Tumblr dan juga disebarkan oleh blogger-blogger yang prihatin. Menyaksikan betapa hebatnya kuasa media sosial pada zaman ini.
Dan kini kejadian itu telah menjadi sejarah dan sudah seminggu pun berlalu. Asyraf Haziq juga sudah selamat menjalani pembedahan pada Rabu selepas serangan yang berlaku pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar dari Royal London Hospital, Chelsea pada pagi Khamis berikutnya. Lantaran itu banyak pihak yang ingin dan telah menghulurkan bantuan. Melalui pembacaan penulis melalui akhbar News Straits Times [NST] dan juga melalui blog kelmarin, ada pihak yang membantu dengan menyumbangkan basikal yang dirompak kepada Asyraf Haziq. Namun ia ditolak secara baik olehnya. Katanya,
"Tidak, Tidak mahu basikal lagi. Saya lebih rela menaiki bas mulai dari sekarang."
Pengarah Pemasaran PlayStation UK pula, berjanji untuk menyumbang PSP yang juga dicuri kepada Asyraf Haziq. Antara sumbangan yang amat menarik perhatian penulis pula adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor gigi dari Sepanyol yang menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada Asyraf Haziq. Dan tentunya yang lebih membanggakan adalah kempen untuk mengumpul dana yang dijalankan di Internet iaitu kempen 'Let's do something nice for Asyraf Haziq' (+others) , yang diketuai oleh Jaimie Cowen, rakyat Britain yang prihatin dengan nasib yang menimpa Asyraf Haziq. Kempen itu sudah pun ditutup Jumaat lepas dengan hasil kutipan mencecah RM98,000 (£ 20,000) dan kata Cowen kemungkinan ada lagi sumbangan yang akan diterima.
Melalui paparan video itu, wakil media dari seluruh dunia berebut-rebut ingin merapati Asyraf Haziq untuk mendapatkan maklumat eksklusif tentang isu terhangat ketika ini. Sehubungan dengan itu, sidang media juga telah dilakukan selepas Asyraf Haziq dibenarkan keluar dari hospital. Lebih membanggakan penulis dan mungkin juga rakyat Malaysia adalah pelajar tajaan MARA dalam bidang Perakaunan itu menunjukkan jati diri yang sangat tinggi dan juga seorang muslim yang berjiwa mulia. Semalam semasa penulis menonton program Assalamualaikum di TV AlHijrah, penyampai program itu mengelarkan Asyraf Haziq sebagai Tarbiah Malaysia. Itu adalah gara-gara kerana kata seorang jururawat di Royal London Hospital yang merasakan Asyraf Haziq seorang yang sangat matang sehingga sanggup memaafkan remaja yang menyerangnye Isnin lalu. Pada masa sama, Reece Donovan, seorang remaja awal 20-an dari Romford, sebuah bandar di timur Barking yang merompak Asyraf Haziq telah ditahan oleh Polis Metropolitan.
Ketika entri ini ditulis ibubapa dan adik Asyraf Haziq sudah pun tiba dan berada di London untuk melihat keadaan anak sulung mereka dengan bantuan tajaan dari UMNO sebanyak RM20,000 bagi menampung perjalanan ke London .
Menarik juga: Asyraf Haziq Jadi Popular di Malaysia, Britain dan di Seluruh Dunia tentang isu yang sama. Nantikan sambungan entri ini.

0 comments:
Post a Comment