Lama sudah tidak mencatit rentetan pengalaman baru yang diperoleh... Hari ini cuba mengisi masa untuk memenuhi ruangan yang tersedia buat tatapan rakan-rakan di luar sana... Bercerita mengenai rakan-rakan... Rindu rasanya ingin bertemu muka... Iyelah... kali terakhir Ogos 2008... Hari-hari terakhir sebelum Wardy melangkah meninggalkan Shah Alam... Hanya kenalan rapat sahaja yang tahu... Harap masih ada yang mengingati diri ini... Semalam Kirana baru pulang sahaja kerana masih berbaki lagi sisa ilmu yang belum di timba di Puncak Perdana... Rindu sangat... Lama tidak bersua muka... Banyak rentetan kenangan yang diperoleh bersama-sama... Juga memori bersama-sama kenalan-kenalan baru.... Ismul dan Fazrin Johari... Dua peramugara MAS yang menunggu panggilan semula sebagai Krew Kabin, seronok apabila bersama... Terima kasih kalian... Juga Ahmad, Suffian dan Helmi petugas KLIA airport yang baru berkenalan semasa kami berlibur di pantai Tanjung Biru, Port Dickson pada malam minggu. Sebuah pengalaman baru yang amat menyeronokkan.
Baru sehari Kirana pulang... Kerinduan terhadapnya sudah menerpa... Tidak puas rasanya hanya bertemu cuma sekadar untuk beberapa hari... Iyelah, mungkin kerna masih ada urusan lain harus dia lakukan juga... Sudah terpasang niat di hati... Tidak sabar rasanya ingin memiliki sebuah kereta... Mungkin aku juga akan mencari rakan-rakan pada masa akan datang, tidak mahu hubungan persahabatan terputus begitu sahaja.. Sudah semestinya tidak sama sekali... Sabarlah ya... Mungkin ada jodoh dan pertemuan jika ada ketentuan dari-Nya.
Tutup seketika sebuah kenangan bersama rakan-rakan...
Titipan yang ingin diceritakan adalah sebuah peluang... Peluang yang datang dari tempat yang pernah Wardy menimba ilmu... Alhamdullilah... Mungkin adalah rezeki dari-Nya.. Dari sebuah angan-angan dan kemudian ingin menjadikannya kenyataan... Sanggup tidak meneruskan pengajian kerana ingin terus mengejar impian yang tiba-tiba dirasakan menjadi semangat untuk menjadi seorang usahawan sejati... Hurm, InsyaAllah... Pengajian akan diteruskan juga... Mungkin ini bukan ketikanya... Tapi ini adalah suatu janji... Pengajian akan tetap diteruskan...
So, nak dijadikan suatu cerita Wardy sedang mengikuti program usahawan perintis Tunas Mekar UiTM - JPM selama setahun... Mengikuti praktikal bersama syarikat yang mengusahakan Spa disamping melakukan consultancy buat usahawan-usahawan muda...
Mengikuti pogram ini Wardy berminat untuk menimba pengalaman dalam pengurusan acara tapi terbuka peluang untuk bersama syarikat yang mengusahakan spa... Bagi wardy, tidak mengapa kerana apa sahaja syarikat perkhidmatan bagi wardy adalah sama... Selagi ianya adalah sebuah syarikat Wardy tetap dapat belajar selok belok perniagaan...
Ianya masih baru dan masih tidak tahu apa yang harus dilakukan... Masih banyak harus dipelajari dan masih panjang lagi pemgembaraan ini akan terus dilalui...
0 comments:
Post a Comment