Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts
0

Menelusuri Teater Dimensi Buli

Teater ini adalah karya daripada Kumpulan Kaki Teater Muda Putrajaya dengan sokongan Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Sebuah karya dan arahan Yusrika Bahar. Manakala artistik dan koreografi oleh Muzzammil Sulaiman dan Zamani Lim. Susunan muzik oleh Nurul Aqilah Ariffin dan sinografer oleh Yousef Al-Farouk. Teater ini dibintangi oleh ahli kumpulan ini sendiri yang terdiri daripada Yousef Al-Farouk, Fahmi Mokhtar, Fazlyana, Shamil Shahlan, Faisal Mazli, Muaz Johari, Rustam, Dayangku Afizah, Syamil Azmim dan ramai lagi.

Teater ini akan dipentaskan selama 2 hari iaitu pada 31hb Disember 2010 dan 01hb Januari 2011 bermula jam 8.30 malam di Dewan Podium A, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya di mana juga berlangsungnya Lorong Seni.
Yang menariknya tentang teater Dimensi Buli ini ia mengangkat tema dari sudut 4 cerita pendek yang digabungkan menjadi 1 kisah yang berlaku disekeliling kita. Melalui kisah ini dapat dilihat kesan dan impak Buli kepada pelajar, guru dan masyarakat sekeliling. Memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar itu ditekan dan dibuli. Kisah yang diangkat adalah melalui 4 cerita pendek berikut iaitu :

1. Pilihan
Kisah antara seorang guru wanita dan pelajar berbalah mengenai pilihan yang harus dipilih oleh pelajar. Samada mahu memberikan jawapan yang dimahukan guru atau pilihannya sendiri. Namun, adakah pelajar ini memberikan pilihan yang betul atau sekadar menguji dan membuli gurunya?

2. Kau Suka Atau Tidak
Kisah antara seorang pelajar lelaki dan perempuan yang saling jatuh hati tapi mempersoalkan kemajuan yang sebenarnya adalah perlambangan kepada pelajar lelaki itu samada dia faham perasaan dan tanggungjawab yang harus ditanggungnya sebagai seorang lelaki. Pandangan wanita masakini yang mahukan lelaki yang mencerminkan kemajuan.

3. Kantoi
Kisah 4 orang pelajar yang suka membuli disekolah. Membuli seorang pelajar yang selama ini senyap di kelas dan tidak mahu masuk campur dengan aktiviti mereka. Disebabkan keluarga yang selalu menyumbang disekolah membuatkan mereka merasakan diri mereka adalah disiplin dan peraturan disekolah itu. Semua mesti mengikut telunjuk mereka.

4. Babak Akhir :
Kisah ini memperlihatkan kesan dan impak buli kepada pelajar. Disebabkan tekanan perasaan menyebabkan sepasang kembar ini melawan kedua ibu-bapa mereka dan kesabaran mereka meletus apabila kesemuanya mati dibunuh. Pelajar yang membuli mereka dibunuh dan juga bila tiba dirumah, kedua ibu-bapa mereka pula dibunuh.

Mengapa hal ini berlaku? Mengapa harus wujud disekolah? Sama-sama kita saksikan kisah ini melalui Teater Dimensi : Buli.

Kepada anda pecinta teater dan juga yang belum pernah menyaksikan teater apa kata anda meluangkan masa menyaksikan Teater Dimensi Buli ini. Mungkin ada sesuatu yang dapat dijadikan sebagai iktibar dan terapkan dalam kehidupan seharian kita. Teater ini membawa kita menyelami perasaan antara si pembuli dan si kena buli. Bagi remaja dan pelajar adalah sangat digalakkan menonton teater ini.

MASUK ADALAH PERCUMA.
.::Terima Kasih kepada Yusrika Bahar kerana sudi berkongsi maklumat::.
0

Fantasi Siti Di Alam Fantasi di Istana Budaya

Setelah 10 tahun berlalu, Siti Di Alam Fantasi ( SDAF ) karya dan arahan Aminah Rhapor yang pernah mengarah teater seperti Tanah Bernanah, Tun Mamat kembali lagi dipentaskan untuk 3 kali sebelum ini dipentaskan bersempena Pesta Flora dan Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98. SDAF diangkat dan dipentaskan kali keduanya di Istana Budaya pada 2000. SDAF merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Pada 2001 pengambarannya untuk penerbitan RTM 1 berlangsung dansebanyak 39 episod SDAF mula ditayangkan di televisyen sepanjang tahun 2001 dan 2002. Kini SDAF kembali semula dengan wajah baru di Istana Budaya menampilkan persembahan yang lebih segar dan mantap, sesuai dengan teknologi dan selera penonton terkini. . Buku novel bersiri SDAF juga bakal berada dipasaran. Jadi jangan lupa untuk mendapatkannya.

Untuk persembahan yang bakal berlangsung dari 22 – 31 Disember ini, Liyana Jasmay akan mengantikan Amy Mastura, selaku watak Siti. Dengan tenaga baru, Liyana Jasmay dijangka memberikan aura tersendiri buat tarikan kepada penonton yang akan menyaksikan teater ini.

Selain Liyana, antara pelakon yang akan membuai fantasi penonton nanti adalah Vanidah Imran dan Ebby Yus.

SDAF mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa "selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama".

Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, SDAF, akan berfantasi dari 22 – 31 Disember 2010 pada 8.30 malam, setiap hari. Tiket-tiket berharga RM 30, RM 50 dan RM 150. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket ‘Box Office’ Istana Budaya atau pun secara dalam talian di http://www.ticket2u.biz/.

SDAF dibawakan oleh Istana Budaya, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Jadi marilah kita menonton fantasi si Siti ini.

Anda juga boleh kunjungi laman sesawang berikut jika mahu maklumat lanjut:

Istana Budaya : www.istanabudaya.gov.my/web/guest/siti

Facebook : http://www.facebook.com/#!/pages/Siti-Di-Alam-Fantasi-the-Musical/169065429785616

Sesi Rehearseal SDAF:

0

Menjengah Rentetan Kisah Natrah Musim Ke-2 di Istana Budaya

Tempat : Panggung Sari
Tarikh : 30 Novemner - 9 Disember

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150

Kaunter Tiket : BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks : 03-4026-5552

Waktu Operasi :
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi – 1.00 T/hari (Sabtu)
Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Tel: 03-4149 8600
Laman Web Rasmi : www.istanabudaya.gov.my


1

EROS YAG!! SEBUAH KARYA PEMENTASAN

Hasil nukilan karya yang terbaru tetapi karya pementasan yang pertama untuk pertandingan KAKISKRIP 2009 yang baru sahaja ditutup awal September baru-baru ini...
Masih menunggu keputusan dari pada juri... Harapannya moga mendapat tempat...
Jika tidak pun nyatanya aku seronok kerana aku telah mencuba... Insya Allah... Sedikit bingkisan babak terakhir dari EROS YAG!!, sebuah karya realism yang sinis,

"BABAK 4 - PANTAI MEMENDAM RINDU (MONOLOG DALAMAN)


TAJUL FIDTRI:

Maya! Maya! (terus mencari di segenap ruang pentas. Resah gelisah kelihatannya.) Apakah benar apa yang aku nampak tadi? Tak mungkin Maya berada di sini. Argh! Apa yang jadi kepadaku ini? Mana mungkin Maya berada di sini. She is not here-lah, Tajul. Kenapa Maya masih ada di fikiranku? Mungkin Ethan, benar. Aku yang masih tidak boleh menerima kenyataan. Maya bakal berkahwin tak lama lagi dengan Ashvin. So kenapa aku masih mahu mengejarnya? Tidak! Aku tak mengejarnya tapi aku masih mencintainya. Sampai bila-bila pun. Yeah! Bila-bila. Maya sentiasa bertakhta di hatiku. Oh! Maya. What did I do wrong? Apa yang telah I lakukan sampai begini you lakukan kepada I? Apa yang tidak mencukupi? Segalanya telah I berikan. Kasih sayang. Cinta. Kebahagiaan. Segalanya. You juga sudah berjanji untuk hidup semati. Berjanji akan convert ke agama Islam demi untuk bersama dengan I. Why Ashvin? Why him? Apa kurangnya I? I tegap dan sasa. I’m handsome too malah lebih dari dia. Kejantanan I juga malah lebih power darinya. Ashvin. (mencebik) Nothing cools about him. Kurus sahaja I tengok. Rupa hanya biasa-biasa sahaja. Hitam pula itu, I ini lagi putih. Malahan dia lebih rendah dari you. Itu yang you mahu, Maya? Apa ada padanya? (terdiam sedih dan berfikir ) Ethan. Oh! Ethan. I tak sangka begini jadinya. You pula macam ni. Why you suddenly? I tak faham. Kita sudah berkawan lama then you nak kita jadi more than just a friend. Oh! No! No! Oh! Ethan. We’re in same sex. We’re both having same thing under our pants. I’m tired of drama. Drama with Maya and now with you. I’m sick of it. (duduk terdiam dan kemudian bangun dan tersenyum) But I’m single now. Doesn’t matter with whom I’ll be with. Aku lelaki dewasa, biarlah dengan siapa pun aku nak bersama. Apa salahnya aku cuba menjalin hubungan dengan Ethan? However, I’m tired fall in love with woman. I’m tired of all the girls. (Nada marah) Semua perempuan sama. Dulu Jessica, hanya materialistik. Hanya mahu duit aku aje. Tak guna punya perempuan. Dasar perempuan sial, kaki kikis. Duit aku sudah beribu habis kat dia. Apa yang aku dapat? End up tinggalkan aku juga. Then Susan, she is damn gorgeous but she is a MOTHERFUCKER. Penipu besar. Ni lagi sial. Kata aku yang satu, tapi ada tiga lagi dalam ranking list dia. Bullshit! Mampuslah kau. Sorry-lah. But impressively, I’m in the No.1 ranked. (senyum bangga). Natasha, Yeah! Natasha. Oh! Natasha. She is perfect. She’s beautiful. She’s got a shape. Pergh!. Her body marvelous! Ni pun bitch juga. Sama dengan Maya tinggalkan aku sebab nak bersama lelaki lain. Aku tewas di tangan rakan sekolah aku pula itu, Eddy. Natasha memang hot stuff. Memang tidak dinafikan. Since I was at school I admired her. Hanya setahun kami bersama kemudian dia memilih Eddy. Memang Eddy pun tak kurang hebat. Memang sesuai mereka bersama. Sama padan. Argh!! Persetankan semua perempuan sial itu semua! Hanya tahu menyusahkan aku aje! So fucking wasted chasing the bloody bitch! Argh!! Bodoh!! (Terduduk dan menangis sambil menekup muka di atas lututnya). So selagi masih ada orang yang sanggup menyayangi aku mengapa tidak aku menyayanginya juga. Biarlah ianya menyimpang dari landasan. Asalkan ada juga yang pandai menghargai.




BABAK 5 – RASA CINTA CHALET (MONOLOG DALAMAN)



ETHAN LIM:

(Mundar-mandir) I tidak akan berganjak dengan keputusan yang I buat. I must do something to get Tajul. I akan lakukan sesuatu agar Tajul Fidtri tetap jadi milik I. I takkan lepaskan Tajul. Never! Sudah macam-macam cara I buat, everything to win his heart. It’s OK, like I’d said this is not the end. I will find out other way to get Tajul. You’ll never know. I’ll never give up. If I’d said I want, so I will get it whatever it takes. You shouldn’t walk away, Tajul. You’re mean a lot to me. Now and forever. (Berhenti dan duduk di atas katil, menghela nafas) Oh! My Love, Tajul. Tak salah mencintai sesama sejenis. It just a feeling toward each other. Nothing wrong with it. Sama juga macam versus sexes. Fall in love and to love. Tiada apa salahnya. It still between two hearts. Zaman sekarang mana ada Melayu yang masih berpegang pada agama. Nonsense-lah. Agama konon. Dalam dunia homosexual di Malaysia, community gay Melayu lagi ramai dari bangsa lain. Lihat saja di Tasik Permaisuri. And ada juga di Blue Boy and La Queen, the most famost gay club in town among Malays. Di mana-mana sahaja tempat di Malaysia realitinya sama sahaja, golongan ini di kalangan bangsa Melayu tetap ramai. Kenapa perlu berpegang pada agama? Jika ramai Melayu juga gay boy. Beragama Islam. (Berhenti seketika) Anyway agama, agamalah. This is about perasaan you towards someone. Love is blind, right? Cinta tak kenal sesiapa pun. Bila you sudah suka seseorang itu (berhenti seketika) so you memang suka sangat kat dia. (tersenyum) It’s like nobody else in this world is perfect for you. Just you and him. Bagi you, dia sudah sangat sempurna. Sempurna sangat. The little imperfections make him so perfect. (tersenyum riang) Oh! Yeah! Why I do love Tajul so much? Well, Tajul actually got some qualities that never had at some gay guys I’d met. Hurm, very smart, multi-talented and his highly ambitious. He is also good looking, way more handsome than Daniel. Gosh! He was the hottest guy in town. His ‘Tiny Winy’ also quit perfect. (tersenyum nakal). Whoa! I’ve seen it OK. Itupun accidentally, when we were in PD last year. In our hotel room. (tergelak kecil) Just a weekend holiday with a few colleagues after tiring week of worked. It was so fun. Tajul tak kisah pun dapat sebilik dengan I, in fact dia yang nak sangat sebilik dengan I. One thing that Tajul shouldn’t know, I was crushed on him so long ago before we met. I know his with Jessica, Jessica who is a materialistic girl. Dia tinggalkan Tajul because I yang kenalkan Jessica dengan Adam, which Adam is a well known film director in Malaysia. That’s what Jessica wants, being as famous and glamour as she wish to be with more rich guys. But in one condition, she has to be single. And she’s OK with it. (Tergelak kecil) Susan, she loves Tajul and tried to stay with Tajul but Susan so unfaithful. So that I kenalkan Susan dengan Brandon and David because problem Susan is dia sangat suka dengan lelaki yang suka memberi, romantic and sweet. Susan at first just berkawan sahaja dengan Brandon and David but at last Tajul found out about it and his dumped Susan. He never listened to Susan’s explanation. Once he throws away, his never looks back. Susan actually messed up with the wrong guy. Then Natasha mixed Malay and Irish girl. She’s perfect for some guy, but to me she is just a typical girl like other girls in Malaysia. Nothing special about her. Don’t know why all the boys chased her. This time I’m very lucky because Natasha was crushed on Eddy. So I’d friend with Eddy and tell him everything about Natasha and had arranged to make them together. Impressively, it succeeds. Latest, is Maya! Just the same, lame and stupid. (tergelak) (gelak besar agak lama) Soon Tajul, you’ll be mine. I have invested so many things, my time, my money, my life, everything just to be with you. You’ll see. You’ll be mine. (gelak besar dan muka kejam)"
0

AKU, KAU, KITA, KAMI.... BEBAS

AKAN DATANG

Produksi TapakPelita
mempersembahkan

Teater Aku, Kau, Kita, Kami...BEBAS
Rojak & Cendol
Sang Gajah & Sang Semut
Babak Akhir

Karya & Arahan
Yusrika Bahar

Lakonan
Anna Ismail, Fendi Azmi, Bob Zohri, Nurul, DaLisyaLily, Mira Alyssa, Merul, Airine Alang


Penampilan Khas
Farah Idayu Fadzil

STOR TEATER DBP
Kuala Lumpur

23, 24 & 25 OKTOBER 2009
8.30 Malam

Bayaran Masuk : Atas Sumbangan ( RM10)

p/s : datang beramai-ramai. Meriahkan industri teater tanah air kita.
 
Copyright © Kalam Si Pujangga