Eksistensialis... Projek Yang Tergendala...
Filem pendek EKSISTENSIALIS ini mengisahkan tentang kesungguhan dan kegigihan tiga individu dari latar yang berlainan dan bercita-cita mengapai impian untuk menjadi pengamal seni di dalam bidang yang sama iaitu seni tetapi pendekatan seni yang berbeza iaitu penyanyi-pencipta lagu, penari Klasikal
Anak Seni Masih Membuka Peluang kepada sesiapa yang meminati Tarian Tradisional
Penubuhan akustik grup. Kami perlukan anda!!

Masih bersabar mencipta sesuatu yang bermakna dan memberi impak untuk diriku dan rakan-rakan disekeliling. Mungkin akan mengambil masa yang agak panjang. Tapi tidak mengapa bersabar adalah sifap terpuji yang Esa berikan buat umat manusia. Aku tidakkan akan menceritakan semua perancangan di sini. Tetapi aku akan menguar-uarkan secara berperingkat-peringkat. Grup tarian yang ditubuhkan setahun lalu masih samar-samar. Belum ada pelabur yang berani untuk melabur. Tetap diteruskan walaupun seakan belum memunculkan hasilnya yang begitu memberangsangkan. Aku juga masih meneruskan corat-coret nukilan penulisan cuma sekadar tidak banyak. Dan adalah beberapa projek lain lagi yang dimulakan dan dijalankan secara berperingkat.
Kali ini aku cuma mengharapkan bakal ada pemastautin tetap di Port Dickson yang sukarela untuk turut serta dalam sebuah vokal group yang ditubuhkan. Masih mencari bakat yang ada tetapi seperti mustahil agaknya. Masih mencuba. Insya Allah akan ada bintang yang bakal bersinar di Port Dickson. Adakah? Sedangkan grup tarian masih tersuluh-suluh mencari bakat.
Sudah mempunyai nama. Genre yang baru dan masih cuba untuk dieksperimentasi ke pelbagai genre muzik seperti jazz, soul, R&B, rock, mungkin irama kita sendiri dan banyak lagi. Rangka jangka panjang juga sudah di
atur. Cuma memerlukan penyertaan anda.Jika berminat, apa yang anda perlukan hanya PM saya di Facebook. Berikan segala detail anda. Anda cuma perlu pandai bermain acoustic guitar and sedikit bakat dalam nyanyian. Lelaki atau perempuan, semua golongan sangat digalakkan. Cuma beberapa orang saja yang saya perlukan.
Akhir sekali, jika ada di antara kamu yang meminati bidang tarian juga digalakkan untuk menyertai Kumpulan Anak Seni. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda miliki. Jika tidak pun, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Cabar diri anda!!
