0

Sebuah Review: Vikingdom: Live By The Sword

Minggu lalu baru sahaja berlangsung majlis pelancaran filem epik termahal yang  diterbitkan oleh KRU Studios, Vikingdom: Live By The Sword di Marriot Putrajaya, dengan kerjasama Epic Pictures, sebuah produksi filem Hollywood yang berpangkalan di Los Angeles, yang membariskan pelakon filem dan televisyen popular di Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Conan Stevens (Game of Thrones) diarahkan oleh Yusri Abdul Halim dan ditulis oleh James Coyne.


Filem ini dihasilkan berdasarkan latar zaman pertarungan besi yang telah membawa pertembungan antara sejarah dan mitos di mana wujudlah “Vikingdom”. Filem ini berkonsepkan epik pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah dan diselitkan mitos Viking di samping diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan teknologi 3D stereoskopik, teknik yang sama digunakan dalam filem 300 dan Avatar.


Filem Vikingdom: Live By The Sword bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick kemudian diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina yang berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Semasa entri ini ditulis produksi filem ini masih lagi berlangsung dan dijangka akan tamat pada 21 Disember ini. Filem Vikingdom: Live By The Sword yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun 2012 atau awal 2013 ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan 70% pengambaran dilakukan di dalam studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan selebihnya mengambil latar Malaysia sebagai lokasi pengambaran seperti di kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands, Bukit Fraser, Kellie's Castle di Batu Gajah, Puncak Alam, Serdang, Bukit Jalil dan Gua Tempurung. Filem epik ini bakal diedarkan di 72 buah negara diseluruh dunia sementara Britain dan Amerika Syarikat sudah pun menunjukkan minat untuk menayangkannya.

Jadi Itulah serba sedikit tentang filem Vikingdom: Live By The Sword ini yang sedikit sebanyak mengundang pelbagai spekulasi dan juga pandangan yang berbeza-beza dari pelbagai pihak. Ada yang pro-nya dan ada yang kontra-nya. 


Nantikan entri yang berikutnya tentang pandangan penulis sendiri mengenai filem ini. 
0

Cerita Selepas Sebulan.... [cont'd]

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kebetulan yang tiba-tiba menjelma dibenak penulis baru-baru ini iaitu kesamaan yang wujud diantara Asyraf Haziq yang entrinya ditulis beberapa hari yang lepas dengan seorang lagi hamba Allah yang telahpun dijemput oleh Maha Penciptanya, Asyraf Hafiz hujung bulan lalu. Kesamaan mereka adalah nama mereka yang kebetulan hampir sama dan mereka juga berkongsi satu kisah duka dalam hidup mereka. Cuma di dalam satu keadaan dan situasi yang berbeza, latar masa dan tempat yang jauh bezanya dan individu yang sangat berbeza.

Wajah Asyraf Hafiz sebelum menghembus nafasnya yang terakhir pada 30 Julai lalu.

Sebulan yang lalu pada 18 Julai, Asyraf Hafiz telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu  untuk menukar namanya kepada nama wanita iaitu Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah membuat pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun yang lalu tetapi permohonan itu telah ditolak oleh mahkamah setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Tujuan Asyraf Hafiz @ Aleesya Farhana adalah untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan memudahkannya untuk melakukan urusan penting seperti memohon pinjaman bank, menyambung pelajaran dan sebagainya. 

Dari rauh wajah dan rupa parasnya tidak ubah seperti seorang muslimah yang cantik. Masyarakat kita sendiri sentiasa mempunyai tanggapan awal tentang sesuatu jadi mungkin ada yang akan mengatakan: 

"Cantik sungguh perempuan tu, mesti baik budi pekertinya." 
"Yelah, Setanding dengan rupa parasnya yang menawan." 

Di sebalik keindahan ciptaan Allah itu tersembunyi satu rahsia yang tuan empunya badan dan Allah S.W.T yang tahu. Tindakan Asyraf Hafiz itu secara tidak langsung membuka mata banyak pihak dan mula membincangkan penyelesaiain yang berkesan untuk membendung masalah jiwa yang membelenggu kebanyakan lelaki yang mengalami kecelaruan jantina ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui menterinya iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan hasrat untuk membantu dan membimbing Asyraf Hafiz untuk menangani masalah yang dihadapinya. 

Melalui pembacaan penulis menerusi Harian Metro, selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Asyraf Hafiz menyatakan hasrat untuk terus menfailkan permohonan sehingga mendapat kelulusan. Penulis sangat kagum dengan semangat dan kental jiwanya untuk meneruskan kebelangsungan hidupnya dengan tenang dan aman. Cuma yang menyentuh nurani hati penulis adalah apabila masyrakat mudah menghukumnya dan menghinanya untuk mendapatkan hidup yang sempurna seperti yang diinginkannya. Lebih memilukan apabila ada yang menyatakan lebih baik Asyraf Hafiz mati, sama seperti hasrat dan niat Asyraf Hafiz sendiri jika permohonannya tidak diluluskan jika ia mengambil masa berkurun-kurun lamanya.

Hujung bulan Julai lalu, Asyraf Hafiz meninggal dunia kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu pada jam 5 pagi. Doktor mengesahkan Asyraf Hafiz mengalami masalah serangan jantung yang tidak stabil. Jenazah allahyarham juga selamat dikebumikan selepas waktu Zohor hari yang sama. Asyraf Hafiz dikebumikan sebagai muslimin.

Entri ini ditulis bukanlah untuk mengaibkan si arwah atau keluarganya tetapi bertujuan memberi iktibar dan juga memberi gambaran apa yang sepatutnya dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk ibubapa, rakan sebaya, sekolah, kerajaan atau badan bukan kerajaan dan yang lebih penting adalah masyarakat yang tidak semena-mena menjatuhkan hukum kepada manusia lain. Hukuman itu biar yang Maha Kuasa yang tentukan. Tindakan yang diambil oleh Asyraf Hafiz sememang drastik. Mungkin Asyraf Hafiz sudah memikirkan kesan dari tindakannya dan tidak ambil kisah dengan apa yang bakal berlaku. Mungkin juga Asyraf Hafiz sudah tahu yang dia bakal meninggalkan insan-insan yang tersayang jadi tidak salah dia mencuba. Wallahu a'lam.

Akhir sekali jangan lupa, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Asyraf Hafiz agar dapat diberi keampunan oleh Yang Esa dan ditempatkan ditempat yang mulia disisiNya. Nantikan sambungan entri yang berikutnya akan datang.
0

Cerita Selepas Seminggu....

Menitip dada-dada akhbar atau juga di kalam para blogger sejak kebelakangan ini kita banyak disajikan dengan cerita tentang seorang remaja Malaysia, Asyraf Haziq yang tiba-tiba menjadi selebriti antarabangsa dek kerana kejadian yang menimpa dirinya. Dihambat dan dirompak oleh sekumpulan remaja Britain di Barking, Timur London ketika sedang menuju ke rumah rakannya untuk berbuka puasa. Kejadian itu telah mengakibatkan tulang rahangnya dan gigi Asyraf Haziq patah. Semua itu diketahui hanya dengan melalui satu paparan video yang telah dirakam secara tidak segara oleh penduduk di Barking dan telah disaksikan oleh 20 juta orang di seluruh dunia di mana ditayangkan di YouTube, laman sosial seperti Facebook, Tumblr dan juga disebarkan oleh blogger-blogger yang prihatin. Menyaksikan betapa hebatnya kuasa media sosial pada zaman ini.


Dan kini kejadian itu telah menjadi sejarah dan sudah seminggu pun berlalu. Asyraf Haziq juga sudah selamat menjalani pembedahan pada Rabu selepas serangan yang berlaku pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar dari Royal London Hospital, Chelsea pada pagi Khamis berikutnya. Lantaran itu banyak pihak yang ingin dan telah menghulurkan bantuan. Melalui pembacaan penulis melalui akhbar News Straits Times [NST] dan juga melalui blog kelmarin, ada pihak yang membantu dengan menyumbangkan basikal yang dirompak kepada Asyraf Haziq. Namun ia ditolak secara baik olehnya. Katanya,

"Tidak, Tidak mahu basikal lagi. Saya lebih rela menaiki bas mulai dari sekarang."

Pengarah Pemasaran PlayStation UK pula, berjanji untuk menyumbang PSP yang juga dicuri kepada Asyraf Haziq. Antara sumbangan yang amat menarik perhatian penulis pula adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor gigi dari Sepanyol yang menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada Asyraf Haziq. Dan tentunya yang lebih membanggakan adalah kempen untuk mengumpul dana yang dijalankan di Internet iaitu kempen 'Let's do something nice for Asyraf Haziq' (+others) , yang diketuai oleh Jaimie Cowen, rakyat Britain yang prihatin dengan nasib yang menimpa Asyraf Haziq. Kempen itu sudah pun ditutup Jumaat lepas dengan hasil kutipan mencecah RM98,000  (£ 20,000) dan kata Cowen kemungkinan ada lagi sumbangan yang akan diterima.

Melalui paparan video itu, wakil media dari seluruh dunia berebut-rebut ingin merapati Asyraf Haziq untuk mendapatkan maklumat eksklusif tentang isu terhangat ketika ini. Sehubungan dengan itu, sidang media juga telah dilakukan selepas Asyraf Haziq dibenarkan keluar dari hospital. Lebih membanggakan penulis dan mungkin juga rakyat Malaysia adalah pelajar tajaan MARA dalam bidang Perakaunan itu menunjukkan jati diri yang sangat tinggi dan juga seorang muslim yang berjiwa mulia. Semalam semasa penulis menonton program Assalamualaikum di TV AlHijrah, penyampai program itu mengelarkan Asyraf Haziq sebagai Tarbiah Malaysia.  Itu adalah gara-gara kerana kata seorang jururawat di Royal London Hospital yang merasakan Asyraf Haziq seorang yang sangat matang sehingga sanggup memaafkan remaja yang menyerangnye Isnin lalu. Pada masa sama, Reece Donovan, seorang remaja awal 20-an dari Romford, sebuah bandar di timur Barking yang merompak Asyraf Haziq telah ditahan oleh Polis Metropolitan.

Ketika entri ini ditulis ibubapa dan adik Asyraf Haziq sudah pun tiba dan berada di London untuk melihat keadaan anak sulung mereka dengan bantuan tajaan dari UMNO sebanyak RM20,000 bagi menampung perjalanan ke London .

Menarik juga: Asyraf Haziq Jadi Popular di Malaysia, Britain dan di Seluruh Dunia tentang isu yang sama. Nantikan sambungan entri ini.


0

Nuansa Metafora

Bila bercerita ada sahaja yang akan menjerut makna yang tersirat.

 Sakit hati. Geram. Tidak puas hati. 

Semuanya bagai dililit-lilit supaya rasa yang tercipta, kekal menjadi luka dan nanah........
0

Kutitipkan Doa Buat Insan Terpilih

Tersangat cemburu bila melihat blogger yang lain mampu mengumpul puluhan ribu follower. Lagi pula itu adalah kerana kegigihan mereka sentiasa mengemaskini laman blog mereka dengan pelbagai kisah, pelbagai cerita yang mahu di kongsi bersama follower masing-masing. Sama ada rutin harian, pendapat dan pandangan tentang fesyen, kesihatan dan sebagainya, tentang minat dan hobi masing-masing, tentang isu semasa, tentang apa sahaja yang mempunyai sense of value untuk di kongsi bersama.

Semalam penulis tertarik dengan satu blog yang dipaparkan di dalam Malaysia Hari Ini, TV3  iaitu blog yang memaparkan tentang keluarga yang di uji oleh Yang Esa.
Harap En. Talib dan Puan Norma serta keluarga terus tabah menghadapi ujian. Kami seluruh rakyat Malaysia yang menonton MHI semalam akan terus mendoakan kesejahteraan ke atas keluarga En Talib dan Puan Norma. Ketika menonton semalam membuatkan hati penulis diterjah hiba sambil video Puan Norma di hospital dan juga gambar-gambar si comel Rafik dimainkan di kaca TV.
Dengan tersebarnya kisah cinta dua insan yang di uji oleh Yang Maha Esa ini, maka akan tersebarlah doa dari ribuan rakyat Malaysia yang berkongsi rasa simpati serta sedih dan kerana berpijaknya kita di bumi yang sama maka seluruh rakyat akan membantu semampunya bagi meringankan bebanan En Talib dan Puan Norma sekeluarga.
Puan Norma yang sedang terlantar
Mahu cerita selanjutnya boleh kunjungi url yang disertakan di atas.
0

Kalam Sastera Pujangga

Salam Ramadan!

Rasanya masih sempat untuk penulis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa ketika ini. Memang benar lama rasanya tidak menjengah ke laman blog ini dan menitip sesuatu yang baru. Biasanya penulis memang mempunyai idea untuk dikongsi tetapi tidak sempat untuk dinukilkan ke kalam ini. Cuba untuk menjadi penulis blogger tegar tetapi ada kekangan yang menghalang.


Entri kali mungkin ringkas sahaja, sekadar menulis untuk menuar-uarkan tentang idea kepada sesuatu yang menjadi kecintaan penulis juga. PENULISAN SASTERA. Idea dan konsepnya untuk membuka satu lagi blog seumpamanya. Segala penulisan cerpen yang telah atau akan diterbitkan di mana-mana media cetak akan penulis rangkumkan ke dalam blog ini untuk di kongsi bersama.

Bukan cerpen tentang cinta semata-mata ataupun juga cerpen picisan tetapi cerpen yang sarat dengan makna tersirat dan padat dengan nilai estetika sastera. 



0

Ustaz Kata...

Beberapa hari yang lepas penulis adalah duduk melepak dengan member sama-sama menuntut di UiTM dulu. Member baik masa diploma, satu kelas, buat group assignment pun sama-sama. Nak kata lama tak jumpe tu, bolehlah juga. Mana taknya, sampai member tu dah habis buat degree dah pun, dah ada kerjaya dah pun, yang kite ni masih terperap kat PD ni. Anyway, memang seronoklah dapat jumpa, macam-macam ceritalah terkeluar. Itulah tipikalnya bile jumpa member lama ni, ada saja cerita nak diborakkan. Itu memang satu hallah and then di penghujung pertemuan tiba-tiba kami godek balik memori masa buat group assignment untuk final project. Project buat shortfilm, kalau nak diikutkan sepanjang 3 tahun menuntut di UiTM, masa project nilah project assignment yang paling seronok sekali penulis pernah buat dengan mereka ni and penulis sendiri. 

Masa tu group member yang terlibat Tania Tahir merangkap Penerbit, Merotte(Mahirah Shah) Pengurus Produksi, Alia (nilah orang yang penulis jumpa baru-baru ni) merangkap Penolong Pengarah. Penulis sendiri adalah Pengarah. Sampaikan penulis plan nak sambung ambil degree in screen art under Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) dulunya Performing Arts. Masa shooting selama 2 hari tu ada beberapa follower yang menyibuk, well biasalah kalau datang PD semua pun macam berkobar-kobar nak ikut. Ada yang tak pernah datang PD pun. Kalau dah sibuk nak ikut so kena la jadi krew. Cuma ada beberapa orang saja memang dijemput sekali kerana kerjasama mereka memang amat diperlukan seperti 3 orang pelakon utama which are Muhaimin (abang si Merotte), Khairul (geng menari kat UiTM - Peska) dan Fida (masa ni dia ni baru masuk UiTM Part 1 - ambil senilakon) then ada la si penulis skrip, Izmir. Kalau boleh nak dia ikut sekali for helping us handling lakonlayar tapi 'yang ado'. Konco-konco lain yang saja nak ikut pula ada kawan si Izmir seorang, ntah tapi tak ingat sape ntah nama dia and kawan si Khairul, pun dah lupa nama dia padahal sama geng Peska juga.

Shooting memang plan nak shooting dekat PD sebab lokasinya yang memang dah lama penulis survey. End up hasil pun memang cantik. Tapi sebelum itu memang ada minta persetujuan krew yang lain juga. Dia orang pun ok saja, so we all just go through. Penulis adalah terkilan sikit sebab because of this project, Tania, Merotte and Alia tak pergi Pre Garduation Night (MPG) budak-budak semester akhir and first time for them pula nak rasa before kita orang punya MPG next semester. Lucky for me, penulis sudah rasa dulu masa part 2 and part 3. 

Back to shortfilm, after upload kat Youtube ramai yang kritik shortfilm ni. Tapi yang buat penulis bangga ramai yang dah tonton shortfilm ni and ramai juga yang kenal. Kalau kamu semua baca entri yang sebelum ni kamu semua tahulah.

Anyway, apa kena mengena semua ni dengan tajuk entri penulis kali ni. OK. Nak jadikan cerita tiba-tiba terbukalah idea nak buat balik shortfilm for fun, well not really for fun tapi untuk masuk competition-lah. Memandangkan Alia pun dah balik Seremban duduk dengan parent dia jadi bolehlah buat shortfilm yang simple yet ada moral value. So masa borak-borak tu kami brainstorm lah nak buat story apa. Penulis pun ceritalah konsep cerita yang penulis ada simpan dalam kepala otak ni sejak beberapa tahun yang lepas. Memang seronok sebab Alia ni ada ability untuk polish idea itu jadi lebih menarik. 


Tugas penulis pula sekarang untuk buat treatment and story line then propose lagi dekat Alia. If Alia agree  terus draft script. Kata Alia nak buat cerita yang berlaku dalam satu malam sahaja. Means kisah satu malam la. Memang dengar senang tapi nak compress satu kisah yang realistic yet solid is hard. Maybe for some people its easy, bolehlah bagi yang berpengalaman. Lagi best kitorang nak pakai 2 orang saje pelakon, boleh?

Dalam perbincangan dengan Alia tempoh hari, kami plan nak buat sebuah kisah yang boleh memberi impak yang baik kepada masyarakat. Memang itulah tujuannya setiap movie and film dibuat selain memberi hiburan. Jadi keluarlah idea nak buat pasal perempuan yang sarat mengandung resah gelisah menghadapi nasib dirinya yang sentiasa malang.  Nanti kebetulan ada budak (range umur 10 sehingga 12 tahun) yang baru balik dari rumahnya untuk pulang ke madrasah lalu dekat situ datang membantu. Jadi kesimpulannya, ini hanyalah idea kasar yang akan dikupas sedikit demi sedikit dan dipadatkan menjadi shortfilm dalam durasi 15 minit sahaja. Tajuk yang bakal dipertimbangkan adalah Sempurnanya Safira.

Selepas menimbang tara beberapa tajuk yang menarik dan sesuai, akhirnya penulis dan Alia bersetuju untuk memilih tajuk Ustaz Kata... sebagai tajuk filem pendek ini.


 
Copyright © Kalam Si Pujangga