![]() |
| Muka hadapan Sejarah Melayu |
Kalam Si Cendekia Melayu: Sebuah Sejarah Melayu
Singapore Arts Festival 2011
The Singapore Arts Festival began in 1977 as a national showcase celebrating the local arts of Singapore’s diverse communities. Over the last three decades, the Festival organized by the National Arts Council, has played a symbiotic and catalytic role in development of the artistic and cultural life of Singapore. It has helped transform the city’s landscape, turning it into one of Asia’s major cultural capitals of today. It has influenced the work of artists and generated a growing public demand for the arts, spawning new capital platforms, events and movements that help underpin the lively cultural scene in present day Singapore.The Festival saw its turning point in 2010 as it embarked on a new phase of development under the leadership of Low Kee Hong. Key changes and initiatives include turning this international arts platform into a Creation and People’s Festival with a vital year-long participation program, com.mune to sustain the Festival’s engagement with the public beyond individual shows staged during the Festival period. The Singapore Arts Festival has now become an international showcase of ideas, art and discourse with a distinctive Asian flavour, known for its bold and innovative discussions between vernacular and contemporary art.
The Festival sees a broad and inclusive programme ranging from premier classics to contemporary creations, while it continues its strategic role as a global connector in the international festival circuit, a champion of Singapore arts and artists, and a national platform for the people to engage in the arts.
Over the last three decades, the Festival has played a symbiotic and catalytic role in the development of the artistic and cultural life of Singapore. It has helped to transform the city’s cultural landscape, turning it into one of Asia’s major cultural capitals today. It has influenced local artists as well as increasing public awareness and demand for the arts, spawning new cultural platforms, events, and movements that help underpin the lively cultural scene in Singapore.

for more info log on to website Singapore Arts Festival 2011
Sebuah Review... Castle 3
Julung-julung kali kiranya penulis menulis tentang sesuatu yang lari dari landasan dan tujuan sebenar blog ini tetapi entri kali ini penulis mahu menulis tentang sesuatu yang lebih santai dan juga tentang becoming a die hard fan to this American comedy-drama series yang ditayangkan di ABC dan juga diterbitkan oleh ABC Studios, Castle 3 (dimana penulis juga sangat mengemari Leverange yang sudah masuk musim ke-3 di siaran AXN channel 107-it's about arts of robbery in good way, to helps people). Well literally, its still related to what I want to become, though. This review hanyalah hiburan ringan yang penulis mahu berkongsi bersama follower Kalam Si Pujangga, kenapa penulis sangat meminati drama bersiri ini, bagaimana dan mengapa and all 5W and 1H will be reveal soon. So sit back and relax and enjoy your reading.
Sinopsis
What so special about Castle?Rekahan.....
Tugas kedua adalah sebagai penyanyi unplugged. Yang ini menuntut latihan yang berminggu-minggu lamanya. Mencari keserasian bersama pemain gitar dan juga penyanyi. Berdasarkan minat penulis maka segalanya berjalan lancar sehingga ke akhir majlis. Sekadar cuma perselisihan faham di kalangan pemain gitar pada usaha yang mampir ke separuh jalan tetapi tidak menganggu latihan secara keseluruhan. Ah! di akhirannya seorang gitaris tidak berpuas hati dengan hasil sejurus selepas beraksi.
Bila dikenang, penulis amat berkobar untuk meneruskan projek yang dirancang sebelum ini. Terasa bagai jauh lagi perjalanannya. Usaha pencarian kumpulan vokal berkonsepkan biarlah menjadi tanda tanya. Sebuah konsep yang belum pernah kedengaran lagi ditubuhkan. Biarkanlah dahulu. Biarkan masa yang menentukan. Dan biarkan Yang Maha Esa mengizinkan.
Oh! Ya! Rekahan.... Apa relevannya? Apa kisah di sebaliknya? Sahaja penulis menaip ringkas tajuk untuk entri kali ini. Biar ia menjadi persoalan. Ini adalah simbol kepada sebuah pengharapan dan usaha yang berkobar-kobar, kata semangat yang di lambung-lambung namun semuanya hanya omongan tak bererti. Ia juga adalah satu rasa yang penulis teguk pada segelintir hamba Allah yang hanya menunggu arahan sahaja dan tidak mahu bertindak sendiri. Dan ada juga yang hanya tidak ambil kisah. Betul bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik. Untuk mengumpul pengikut yang berfikiran kritis juga sangat susah tetapi tidak mustahil. Jadi penulis hanya mengikut arus kebelangsungan sebuah pelayaran yang terus menerjah haluan berliku. Kemungkinan Mei ini akan ada jemputan persembahan. Kata Abang Alias blog ini berjaya menarik minat beberapa urusetia pengurusan acara. Harap ia benar-benar terjadi. Sudah hampir 6 bulan kami berlatihan. Sikap ketidakseriusan membuatkan segala urusan kesenian terbantut sejak Januari lalu.
Harapan bahawa rekahan dapat dilitupi oleh sikap jati diri yang tinggi bahkan juga mutu kelestarian dapat diperhebatkan lagi kerana mungkin kita sedang diperhati dan dinilai oleh masyarakat. 
Tarian Tradisional Penyeri Majlis Perkahwinan Anda
TARIAN TRADISIONAL boleh memberikan kemeriahan dan kelainan kepada sesebuah majlis perkahwinan. Kebanyakan bakal pengantin inginkan sebuah majlis perkahwinan yang lain berbanding dengan teman-teman mereka yang telah berkahwin. Kemeriahan dan kelainan amat dititik beratkan oleh ibu bapa pasangan pengantin.Bagi mereka yang mempunyai ramai saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan, pastinya inginkan sebuah majlis yang hangat, ceria dan disebut-sebut sepanjang zaman. Ramai yang berusaha mencari kelainan dan keunikan bagi majlis masing-masing.
Kompang dan silat merupakan hiburan utama yang menjadi pilihan setiap pengantin. Namun begitu, trend masakini telah terdapat ramai yang menggunakan persembahan tarian tradisional bagi menyeri majlis. Baik majlis di dewan mahupun majlis di rumah.
Keindahan tarian tradisional semasa majlis perkahwinan terletak pada tarian dan pakaian yang digunakan. Sebab itu ia menjadi sebahagian persembahan istimewa buat para tetamu.
Bermula dari pasangan pengantin diiring dan di arak ke pelamin oleh para penari yang comel dan cantik, sehinggalah pasangan pengantin menjamu selera di meja santapan.
Perlu diingat, pemilihan lagu bagi persembahan tarian hendaklah sesuai dengan adat dan adab kita samada berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Jika tersalah pilih, pasti akan menimbulkan kesan yang negatif dan menjadi kutukan masyarakat.
Bagi bangsa Melayu, pilihan jenis tarian terbahagi kepada 3 yang utama iaitu Tradisional, Moden dan Kontemporari. Di antara tarian tradisional yang sesuai untuk majlis perkahwinan seperti tarian Asyik, tarian Zapin dan juga tarian dari lagu-lagu Gamelan.

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian Asyik ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.
Tarian Zapin diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang dan marakas.Manakala untuk lagu Moden pula seperti lagu Selamat Pengantin Baru dan Tari Bunga Rampai. Ada juga yang mengambil langkah berani dengan memilih tarian jenis kontemporari dengan gabungan pelbagai lagu. Namun begitu, pemilihan begini agak kurang sesuai dikenakan di sesebuah majlis perkahwinan bangsa Melayu yang penuh adat dan istiadat perkahwinan.
Bagi pengantin yang berbangsa India, pemilihan lagu tarian kebiasaannya adalah dari jenis kontemporari. Pemilihan lagu sememangnya hangat dan rancak. Rata-rata gemar menyelitkan unsur Bollywood yang sememangnya menyuntik rentak dan irama hebat. Bagi pengantin berbangsa Cina pula, tidak ramai yang gemarkan persembahan tarian untuk majlis mereka. Mereka lebih memberikan penekanan kepada persembahan nyanyian, slideshow dan sketsa.
Selamat Pengantin Baru dan semoga anda membuat pemilihan tepat tarian tradisional agar majlis semakin berseri. Buat masa ini kami menyajikan persembahan tarian tradisional yang melibatkan penari kecil yang berumur lingkungan 8 tahun sehingga 15 tahun.
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menghubungi Alias 012-9331664, Wardy 012-3561196 atau Firdaus 017-2380652.
Semarak Armada
Bermula 1hb lalu juga sudah hampir sebulan tiada entri baru yang penulis titipkan di kalam blog ini. Tiada apa yang luar biasa berlaku sekadar terus meneruskan latihan seperti biasa dan Alhamdulilah sepanjang pertemuan itu Tarian Inang sudah pun disiapkan cuma perlu dimantapkan posture sahaja. Baru sahaja minggu lalu penulis memberi sedikit ragam untuk Joget dan tarian pembukaan Dia Datang. Sekadar mencukupkan syarat. Insya Allah dalam sebulan lagi kami sudah bersedia menerima sebarang tempahan persembahan. Melihat keazaman penari muda ini penulis sudah pasti tidak akan sekadar mengerakkan kumpulan ini separuh jalan sahaja.
Penari senior masih samar kerana sepanjang 2 bulan pertemuan berlangsung tiada tanda yang mereka akan meneruskan latihan mereka. Sudah penat dengan alasan kekangan kerja. Kata orang jika mahu seribu daya, tidak seribu dalih. Mungkin fikir mereka usaha ini hanya sekadar omongan kosong. Keaadaan ini benar-benar menguji kredibiliti penulis. Jauh di benak fikir penulis ini adalah dugaan bagi penulis terus memartabatkan seni dan budaya khususnya tarian tradisional ini.
Al Fatihah : Faizal Yusof Meninggal Dunia
Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.Pelakon Faizal Yusop meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.
Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.
Menurut abang arwah, Shaipul Yusop, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.
Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.
"Arwah sempat menatap wajah anak sulungnya yang dibawa oleh bekas isteri, Siti Nurdiana pagi tadi," kata Shaipul.
Janazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves pada pukul 10.00 pagi esok.
Juadah akhir
Malam tadi arwah sempat menjamu keluarganya makan malam di Restoran Sekincan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa. Jamuan itu sebagai meraikan kedatangan tahun baru.
Sementara itu Siti Nordiana atau Nana mula berasa kelainan pada bekas suaminya itu yang mula bercakap perkara yang pelik.
"Dua minggu lalu arwah menelefon saya untuk bercakap dengan anak kami. Saya membuat aplikasi pembesar suara.
"Dia pesan kepada anak kami supaya menjaga saya dengan baik.
"Saya rasa lain macam bila dia berpesan kepada anak saya macam itu. Rupa-rupanya dia nak menginggalkan kami," kata Nana ketika ditemui di Pusrawi petang ini.
Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al Fatihah.
