Konsert ‘Analoque’ - Ana Raffali & Monoloque merupakan sebuah konsert akustik istimewa yang menggabungkan sepasang adam & hawa terunik dewasa ini, iaitu Ana Raffali dan Monoloque. Konsert dijadualkan akan berlangsung pada 19hb Disember 2010, Ahad di Lambang Sari, Istana Budaya. Dua pertunjukan dalam satu hari iaitu pertunjukan pertama akan berlangsung dari jam 3.00 sehingga 5.00 petang dan pertunjukan kedua akan bermula pada jam 8.45 sehingga 10.45 malam. Konsert ini dibawakan oleh Glam Rock Enterprise. Tiket masuk berharga RM59. Ana Rafalli seperti biasa akan diiringi oleh pemuzik pengiring The Marhaens yang didukungi oleh gabungan otai dan yang sedang meningkat naik, antaranya Aidit Alfian, GG, Geeka, Pito, Rohnie dan Nazrin. Manakala Monoloque dibarisi oleh Loque (tunjang utama), Kadax, Loko, Ijoo dan Adam. Sejarah mengetahui bahawa mereka ini jugalah merupakan pejuang Buterfingers yang cukup gah itu.
Kemuncak konsert ini adalah apabila kedua artis ini akan bergandingan untuk menyampaikan 2 buah lagu berhantu ketika ini iaitu ‘Kekanda Adinda’ dan ‘Kalau Berpacaran’ selain sebuah lagu bonus yang diberi sentuhan baru oleh Monoloque iaitu ‘Doa Buat Kekasih’ (nyanyian asal Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim).
Aspek penting lain persembahan seperti dekorasi pentas, pencahayaan dan juga sistem bunyi adalah amat penting. Kain hitam dan kemungkinan kain bercorak samada batik atau songket akan menjadi backdrop pentas. Permaidani juga akan digunakan untuk menutupi lantai pentas. Bagi menambah nilai artistik konsert, kami bercadang akan menggantungkan lampu ayam dan burung kertas yang berwarni warni di atas flying bar. Begitu juga dengan taburan pasu bunga dan bunga di sekeliling pentas.
(Sumber : http://www.istanabudaya.gov.my/analoque)





0 comments:
Post a Comment